Pages

Sunday, December 20, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

kesinambungan cerita dari topik yang lepas....

18hb Dec, 2009 (Jumaat) - Awal Muharram
Aku telah memulakan perjalanan dari KL - Melaka pada jam 7pagi. Perjalanan yg amat baik tiada kesesakan. Setibanya di PD aku dan k.ipar berhenti untuk minum pagi di sebuah restaurant yg kerap kami kunjungi apabila pulang ke Melaka. Menu mcm biasalah Soto & nasi lemak. (hahaha...menu untuk menaikkan berat badan..)

Sampai di rumah pusaka peninggalan arwah bapa/aryarhamah ibu terletak di Bt 32, Kg Teluk, Kuala Linggi. Jam 9.15 pagi kami sampai. Hahaha..tiada sambutan, semua masih lagi diulit mimpi aku rasa. Maklumlah mereka tidur lewat malam. " Menjalankan Perniagaan Kedai Makan"..(Port Supai). Jam 10pagi pula aku & kak ipar pergi kepasar Pekan Kuala Sungai Baru untuk mencari stock makanan, maklumlah (3) hari bercuti.Itu adalah rutin kebiasaan kami bila pulang ke kampung.

Menu masakan untuk hari tersebut adalah :-
(1) Ikan Parang Asam Pedas
(2) Pengat Keladi/Keledek
(3) Puding Mangga
(4)Beef Mashed Potato.
(Bak kata Aidil, anak buahku " Rasanyer dari pagi tadi kita asyik duduk didapur menjamu selera)..Selalunya bila aku pulang ke kg, aku akan hidangkan mereka dengan masakan hasil dari pembelajaran ku..(abis part makan).

Aktiviti (Hari Pertama):-
2 Sahabatku sampai dari KL lebih kurang jam 3petang. Hujan renyai2 tapi kami tetap memberanikan diri untuk bermandi-manda. Aku tidak dibenarkan mandi oleh suamiku..."nanti demam katanyer". Aku cuma jadi pemerhati, tapi di dalam hati ini hanya tuhan yang tahu betapa aku ingin menyertai sahabatku. Pada malam nyer pula kami ke "Port Supai" the one and only restaurant terapung yg ada. Macam2 menu hidangan yang kami makan & harga juga berpatutan. Selepas menjamu selera sahabatku pulang ke KM Chalet & aku pula meneruskan tugas ku membantu kakak di restaurant. Biasanyer malam minggu memang ramai yg berkunjung untuk menjamu selera.
Rindu benar aku kepada masakan "Ketam Black Paper".

Aktiviti Hari Kedua :-
Pagi hujan masih membasahi bumi. Sahabatku sempat juga mandi manda untuk melepaskan geram sebelum pulang. Sahabatku "H" pulang lebih awal ke KL pada kerana suaminyer ada urusan kerja. Tinggal sahabatku "A" & keluarga sebelah suami. Kami merancang untuk ke Bandar Melaka. Rombongan kami bergerak dari KSB jam 11pagi & tiba di Melaka pada jam 12.30. Hujan pada masa itu sangat lebat. Aku totaly terpisah dengan sahabatku "A". "Taming Sari" adalah destinasi pertama. Setibanyer di sana cuma Mak Mertua, Kak Ipar & Anak buah yg membeli tiket untuk menaiki "Taming Sari", sementara yg lain cuma duduk menunggu. Hujan masih tidak berhenti malah semakin lebat. Dari Taming Sari aku & family ke "Dataran Pahlawan".Lencun juga lah pakaian walaupun memasing berpayung.(hahaha...suatu keseronokan juga tu). Suamiku mencari wheel chair untuk mak yg dah uzur. Makan tengahari di "Johnny Steam Boat". Lunch kami ditaja oleh kak ipar.(TQ kak Jana). Selepas makan kami hanya berlegar2 di Dataran Pahlawan untuk mencuci mata. Kesian juga mak mertuaku yang kepingin untuk menaiki boat, menyusuri sungai Melaka. Hujan masih lagi renyai2 di bandar Melaka. Kami pulang ke KSB setelah jam ditangan menunjukkan jam 5ptg. Setibanya di Pekan KSB kami singah di Stesyen Shell untuk memberi direction kepada kak ipar yang hendak menghantar anak nyer untuk pulang ke asrama..kami berpisah di situ...sekian lah saja story untuk dikongsi bersama. Mingu depan cuti lagi...(seronoknyeee...)..bye..bye...

Wednesday, December 16, 2009

Percutian di Kuala Linggi

A'kum semua,
Kesunyian jelas terasa bila office yg besar ini tiada penghuni. Rata2 semua bercuti, maklumlah ramai rakan2 ku yg menhabiskan cuti yg tertinggal. Hari ini aku tiada mood untuk bekerja..hahaha..bos juga bercuti so..boleh lah cuba2 menulis di blog ini. Untuk rakan2 ku yg bercuti aku doa kan perjalanan korang samapi ke destinasi. (amin..)

Esok 18/12/2009 Jumaat (Hari bercuti - Awal Muharram)
Aku telah pun merancang satu perkelahan dgn sahabatku untuk ke Kuala Sungai Baru- Melaka.Kami akan menetap di KM Chalet yang terletak betul2 di tepi pantai. Indah sungguh bunyik nya. Percutian ini tidaklah mewah tapi cukuplah sekadar untuk bermandi-manda.

Apa ceritaku selanjutnya kena tunggu apa yg berlaku semasa bercuti...