Pages

Friday, December 17, 2010

Menyambut Hari Lahir Incik Jalal




Tarikh : 13/12/2010
Tempat : Restoran Thai Bangkok Station, Ampang.
Majlis Hari LahirAbdul Jalal "41"
Jemputan : Keluarga Terdekat Sahaja

Rata-rata incik Jalal sangat happy dapat meraikan majlis hari lahir nya yg ke 41 bersama dengan ahli keluarga tersayang.

Next year kita buat lagi k.

See you...

Elia Atika Khoo anak istemewa.



Tarik : 9/12/2010
Dewan MPAJ
"Teater Musical Save Forest by Anak2 Sindrom Down - Elia Atikah Khoo
Masa : 8.30 - 10.00 mlm.


Tergerak hati ini untuk sama2 menonton teater musical anak2 Sindrom Down. Tak pernah terlintas sekali pun aku ingin menyaksikan persembahan nya.Walaupun aku tahu bahawa anak buahku juga terlibat sama. " Elia Atika Khoo".

Maafkan Cikta yer Elia, bukan Cikta tidak mahu pergi ataupun berkira tapi tidak sampai hati untuk melihat anak-anak sindrom dowm (cepat tersentuh hati ini...).

Memang tersentuh hati ini, mereka diberi keistemewaan untuk menghiburkan penonton walaupun sebaliknya mereka amat tidak mengerti apakah yg cuba disampaikan. For Elia Atikah Khoo cikta sangat proud dengan anda.

Sekian.

Saturday, December 11, 2010

Universal Studio (3-5 Dec 2011)



Percutian ke Universal Studio Singapore selama 3 hari 2 malam (3-5/12/2010)

Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami di Universal Studio.
Hati mula rasa sedikit kecewa pabila memikirkan hujan yang masih tidak berhenti.
Dengan Tour Guide yg agak blur sedikit, kami jadi bertambah kecewa. Memasuki perkarangan Unicersal Studio jugak agak lewat dari masa yg dijanjikan. 10 pagi dianjak ke 12.30 ptg. Erm......?

Hahaha...
Seronok bergambar dan bershopping hingga tidak perasan Mohd Aiman tidak mengiringi kelompok kami yg kecil. Hati mula risau & ketakutan. Dimanakah Aiman...? Keadaan menjadi sedikit kelam kabut. Aduh...hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu perasaan kami di waktu itu. Kami mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk medapatkan semula Aiman. Dah biasa hilang...rupanya.

Banyak tempat yg kami tidak sempat untuk melawat dan bermain kerana masallah yg timbul. Deside untuk pergi semula pd 2011 w/o kids. Tapi masih belum mendapatkan tarikh sebenar.(insyallah..)

Sunday, April 25, 2010

Cerita Roti Jala..

Majlis pernikahan sepupuku Norehan & Somebody (x tahu nama).
Tarikh : 24/4/2010
Lokasi : Kuala Linggi, Melaka.

Menu malam berinai besar : Roti Jala + Kuah kari udang & kuih talam.

Aku agak kelewatan ke rumah sepupuku kerana keletihan, maklumlah menolong kakak ku di Restoran. Setibanya di rumah mak long ini lah soalan yg keluar dari mulutku..

Mak Long , apa kerja patut kami buat ?
Jawapan : Takde kerja lah buat masa ini.
Mak Lang, apa kerja yg ada kami boleh tolong.
Jawapan : Takde buat masa ini.

Aku agak kebingungan...erk..kenapa takde kerja ? Ada majlis ke tidak ni..? Biasanya kalau ada majlis kenduri kawen mesti lah semua org kelam kabut, tapi yg ini tidak. Erm aku pun malas nak fikir, terus ke balai tempat makcik2 penangah melepak. Kelihatan Mak teh sdg mengoreng Ikan Keli untuk jamuan masa nikah nanti. Aku mengofferkan diri untuk mengoreng ikan tersebut sehingga habis. Senang hati ada kerja nak dibuat. Sambil2 menggoreng ikan, aku curi2 dgar kepada kelompok makcik2 yang ingin memulakan kerja menebar roti jala. Waktu masa itu kalau tak silap aku ialah jam 1.30 ptg.

Agak kecoh juga, kerana roti yg nak di tebar tidak menjadi. Hahaha..aku pun tak tahu kenapa. Mcm2 pandangan aku dengar:-

- Salah bancuh lah !
- Tepun jenis tak baik lah !
- Tak blendar lah..!
- Kuali tak elok lah !
- Acuan tak elok lah !

Sekali sekala aku mencelah. Tapi aku dimarahi oleh mereka.(gurau lah) bukan marah betul. Lepas aku mengusik makcik2 tu aku lari..

Jam ditangan menunjukkan 3 petang. Roti jala telah menjadi setelah pelbagai cubaan di buat. Kerja mengoreng aku pun selesai. Gatal pulak mengofferkan diri untuk menjala. Hahaha..rasakan tak rehat langsung lepas tu. 7.30 mlm tetamu sudah mula datang. Sampai jam 9.30 malam baru habis kami menjala. Mana taknya 2 besen besar bancuhan untuk roti jala dibuat. Rasa macam nak tumpahkan aje bancuhan tu..(kejam pemikiran aku)..Perasaan penat, geram , seronok pun ada.

Note : Makanan untuk berinai besar (Roti Jala) x cukup & lauk untuk majlis langsung pun x cukup.

Monday, April 19, 2010

Kemana nak ku bawa diri...

Kemana ya....!

Erm.. : Balance AL - 2009 berbaki lebih kurang 10 - 13 hari.
: 2010 AL - 18 hari + cuti tender. (Byk tu..)

Macam mana harus ku langsaikan "AL 2009" sebelum June, 2010 kesemuanya.

Memberanikan diri untuk bertemu COO, Aku bertanyakan balance AL ku yg diwajibkan clear sebelum June, 2010. Kami berbincang dgn aman/damai, cuti diluluskan untuk selang seminggu iaitu hari Jumaat & Isnin. Jika ada tender tak boleh lah bercuti. Alhamdulillah sekarang aku takde masallah lagi. Ada juga rakan pejabat advice aku untuk mengambil 6 hari sahaja yang balance nyer kira sedekah. Bukan lah aku berkira, tapi aku terpaksa kerana sebelum aku confirmed,aku tidak dibenarkan sama sekali oleh HR untuk mengambil cuti. Kesian kan aku, terpaksa berhempas pulas untuk menyimpan cuti tender yg tak seberapa dan kalau aku bercuti terpaksa pulang awal walaupun kepenatan. Keperitan ini serba sedikit membuat kan aku keciwa dan tidak beralah.

Kebetulan minggu ni pun , di Kampung ada kenduri kahwin "sepupuku". So boleh lah aku ambil kesempatan ini untuk melepak di kampung. Suami tak ikut, banyak kerja katanya. Wah ! apa lagi jadi org bujang lah aku.

Tak sabar nak balik kampung..yehaaaaa....

Continue...bye.

Friday, April 16, 2010

Berlibur bersama Anuar Zain..




Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah rasa terima kasih , syukur & gembira yang tak terhingga kepada bos kami yang bermurah hati untuk menaja tiket kami ber2 ke "Majlis Secretary Week bersama Anuar Zain di J.W Marriot". Iini adalah yang pertama dalam diary kerja hidupku aku di layan sebegini rupa. 15/4/2010 - tarikh yang ditunggu oleh kami ber2. Walaupun keresahan melanda kami tetap meningalkan office seawal jam 11 pagi, aku memandu sendiri ke J.W Marriot bersama Kak Lin yg kebetulan adalah PA kpd CEO. Keresahan jelas terbayang pada wajahnya sehari sebelum tarikh majlis kerana dan beliau mengambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis tersebut, gara2 dimarahi bos.Bukan silap dia bagaimana bos boleh menghukum dia sebegini rupa. Tapi ini lah dikatakan rencah kehidupan. Setibanya di Jw. Marriot parking bay, kami terlihat kereta Porshe Anuar Zain, apa lagi langkah pertama yg kami ambil adalah berphoto. Hahaha..biasalah kan.

Terus masuk kedewan sambil menjamu selera sementara menunggu si teruna keluar dari sangkarnya. Makanan pada hari itu , bagi ku adalah alah kadar aja. Boleh lah bagi *** bintang. Cabutan bertuah pada majlis tersebut boleh tahan juga. Kalau tak silap aku Rm10,000 Reflesia set & PAkej penginapan di J.W Marriot Dubai. Erm..mewah2 mewah & sangat mewah.

Jam 1.30 petang Anuar Zain tampil membuat persembahan pertama.Memang hebat teruna kegilaan wanita tak kira peringkat usia. Termasuklah kami ber2. Apa yg aku lihat pada petang itu adalah, kegilaan mereka hingga ada segelintir yg sangup mencium & memelok anuar. Hebat kah Anuar...Memang hebat kan. Majlis berakhir pada jam 3ptg. Sedang kami berpusu2 untuk keluar dewan, satu lagi pengumuman dimana Hadiah " Dine bersana Anuar Zain " untuk 2 orang. 6058 number yg disebut oleh saudari pengacara. Memang terkejut lah number yg dimaksudkan milik Kak lin, Memang bertuah Kak Lin, biasanya keresahan Kak Lin akan berakhir dengan kegembiraan di akhirnya. Aku tergamam hingga tak sempat untuk merakam saat kegembiraan Kak Lin. Kepentas sediriam ."Maaf kan saya kak". Ada segelintir pulang & segelintir lagi ke bilik khas untuk bergambar & mendapatkan autograph.Aku & rakan dah setuju untuk pulang kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Balik dengan hati & perasaan yg sangat gembira...

Friday, April 9, 2010

E72...gold colour



Kelewatan pulang kerumah kerana keadaan trafik yg tak mengizinkan semalam telah membuatkan aku terfikir untuk merayau-rayau bersama Ge gel (gelaran kepada kawan sepejabat). Kami berdua telah sepakat untuk ke C4 di wangsamaju. Masa itu hujan renyai2 telah membasahi bumi, mungkin salah satu faktor penyebab kenapa trafik sangat teruk di MRR2. Masa itu apa yang bermain dikepala ku ini adalah telepon gengam yang ku idamkan. Walaupun model yang ku minat tak secangih telepon gengam jenama lain, tapi aku tetap meminatinya. Keizinan dari suami telah membuatkan aku berkobar2 untuk memilikinya. Cuma menunggu peluang dan waktu yang sesuai ajelah.

Untuk pengetahuan semua apa yang boleh kita kongsi bersama ialah, telepon yang aku baru miliki semalam adalah yang ke2 yang pernah aku miliki hasil dari duit aku sendiri. Yang pertama adalah pada 7 tahun yang lepas. Selepas memilikinya hampir sebulan telepon gengam tersebut telah hilang dari gengaman. Dalam erti kata lain tercicir. So impak dari kejadian tersebut aku sangat fobia untuk membeli telepon untuk diri ku sendiri. Bukan aku kedekut atau sayang duit, cuma aku lebih berhati-hati kerana apa yang aku laburkan untuk membeli telepon tersebut bukan sedikit. Sekarang aku lebih berminat untuk gunakan telepon yg di beri oleh suami dan adik bongsuku. (minta simpati heheheh...)

Thank to Ge gell kerana sudi menemani ku. (hahaha..till this saat dan ketika aku masih tidak berjaya untuk menyalin contact number di telepon lama. Aduh memang tak peka IT betul aku ni.

Bye..see u next issue.

Sunday, April 4, 2010

Kenduri Kesyukuran






Assalamualaikum dan alhamdulillah ........
Tanggal ,3hb April 2010, kenduri kesyukuran untuk rumah baru dan tahlil arwah telah kami adakan di Teratak Bonda @ kampung Kuala Linggi, Melaka pada jam 11:30pagi. Sesunguhnya cuaca menyambut baik niat suci kami itu. Teratak yang dulunya berdindingkan papan telah kami ubah dengan berdindingkan batu.Semua itu adalah di atas kerjasama adik beradik yang turut sama menyumbang dalam menjadikan nya kenyataan. Walaupun sumbangan kami tak seberapa tapi yang penting kesepakatan itu terjalin. Untuk abg ku "A" sesunggunya kaulah yang telah berpenat lelah untuk memastikan teratak Bonda itu berjaya disiapkan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan kami yang hanya sekali sekala muncul untuk membantu.

Wednesday, March 10, 2010

Makan Free lagi......10/3/2010

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga aku & teman2 pejabat kepada En.Samir.

Sekali lagi hari ini aku dipanggil untuk menulis di belog. Topik masih lagi mengenai makan free. Kali ini ditaja oleh En. Samir dari (Sales Dept.). Kenapa yer ada jamuan segala, semua kekawan bertanya. Hahaha...biarlah aku terangkan dgn serba ringkas disini. Begini kisahnya, pd awal tahun 2010 beliau telah memenangi satu tender kerajaan. Beliau telah menyuarakan kepada aku & seorang lagi teman, bahawa beliau ingin menjamu teman-teman di pejabat.Dalam erti kata ingin berkongsi kejayaan lah kan. Yelah En.Samir tu sibuk & mana lah ada masa untuk merancang jamuan & party segala. Kami pun sangat bersetuju untuk membantu di atas niat murni beliau. Apa lagi, setelah berbincang aku & teman ku telah mengorder makanan dari masakan kampung.

Menu...
1. Ikan Bakar
2. Labu Masak Lemak Cili Padi
3. Sambal kentang & kacang
4. Ulam-ulaman & sambal belacan
5. Air Limau ais

Erm..sedap kan. Ini pun dah cukup aku rasa. Jamuan ini juga telah kami suarakan kepada Ustaz. Ustaz telah bersetuju untuk membacakan sedikit doa untuk kejayaan Samir dan kejayaan nya di masa akan datang.Insyaallah...

Untuk Samir yang sentiasa tersenyum, aku dan teman2 doakan kejayaan anda. "Amin"

Sekian ...

Tuesday, March 9, 2010

Lunch Di Restoran "Tehran" - Ampang

Alhamdulillah...

Dan terima kasih tidak terhingga kepada insan yang telah sudi menaja makan tengahari kami. Hanya allah s.w.t yang akan membalas & memudahkan rezeki kepadanya..amin. Kami sangat kekenyangan..

"Makanan Iran"...semua telah sedia maklum, apakah jenis nasi/lauk serta makanan yang akan disaji kan. Tapi kami tetap mahu mencuba. Kami ber6 kesana dgn menaiki kereta MPV slh seoarang dari kami.Sebelum ke restoran kami singah ke kedai yang menjual pelbagai jenis makanan segera dari negara Iran yg kebetulan tidak jauh dari restoran tersebut. Haha..gayat juga aku melihat apakah yang ada dijual disana. 3 orang dari kami telah membeli "Iranian Tradisional Bread" lebih senang dgn pangilan "roti nan" lah. hehehe...(besar size nya & mempunyai 3 keping dlm satu bungkusan.Murah aje RM3.00 kalau tak silap aku...ops ! tak bayar lagi lah kepada si pembeli..

Berbalik kepada cerita restauran kita. Sampainya kami disana, dtg lah seorang pekerja yang manis wajahnya. Mesra sgt dgn Ustaz yg telah memperkenalkan restoran tersebut kepada kami. Ustaz selalu dtg ke restoran tersebut untuk menjamu selera. Patut lah kami bersuara..hehehe. Aku telah memesan air tembikai, tapi kawan2 ku yg lain ingin mencuba minuman yg disaji khas di restoran tersebut. Ada yg order air "Roselle" , "Delima" & satu lagi ini aku tak ingat tapi rasa semacam aje, bahan2 nya dari Yogurt kalau x silap. Aduh x tahu lah mcm mana nak minum air yg sedemikian rasa. Erm..lauk kami simple aje, ada kambing bakar , ayam kari (tp bukan kari lah, serupa aje) & kambing berkuah. Bila kami lihat nasi nya aje, kami semua terkejut, dan ada yg bersuara "eh boleh abis ke ni".../ marilah kita share..hehehe.

Makan tengahari kami di hiburkan dgn bualan & gelak ketawa. Sedar tak sedar nasi ku dah sampai ke suduan yang terakhir. Aduh jenuh juga untuk aku menghabiskan suapan demi suapan..Apa pun ingin aku nyatakan disini makanan Iran bukan lah makanan kegemaranku.Jika diberi pilihan aku tidak akan memilih restoran tersebut.Yelah org kampung kan, lebih rela jika dihidangkan dengan lauk pauk tradisional malaysia. Apapun ingin sekali lagi aku bersuara untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustaz yg telah sudi membawa dan belanja kami...

Selesai....

Wednesday, March 3, 2010

Mandarin Oriental 30/1/2010



Menarik kan gambar ini. Kepuasan & kegembiraan terpancar di wajah. Tapi dalam gambar ni Azuwan & hanum tiada. (so sad)...Gambar ini kami ambil di M.Oriental Hotel KL. (MPC Annual Dinner). Kami AJK..so tired tu tak yah cakap lah kan. Macam biasa mlm tu aku tak dapat apa2 cabutan bertuah pun. Yg ada hanyalah Voucher Percutian bernilai RM600Tapi alhamdulillah bila semuanya berjalan lancar kami sangat happy. (Happy...Happy..).

Percutian Ke Jakarta..


Erm...lama x layan blog..(malas sesangat)
Untuk 2010 ni aku cuba untuk menulis kisah-kisah yg menarik.
4/2 - 6/2/2010 (3 hari 2 malam) aku bersama 2 teman pejabat terbang ke Jakarta negara yg penuh kesesakan. Aku & teman hampir terlupa bahawa kami akan ke Jakarta kerana pembelian tiket dilakukan pada bulan 6, 2009. (Hehehe..nak tambang murah).
Kami sampai di Jakarta petang & tiada aktiviti dapat dilakukan kerana shoping komplek di sana tutup seawal jam 6 ptg. So kami rehatkan diri untuk sesi esok. Destinasi per(1) adalah Tanah Abang kemudian ke Cempaka Mas. Aku pertama kali ke Tanah Abg berbanding 2 teman ku. Kami kesana menaiki teksi. Kami juga ditemani oleh kak ika, saudara kepada teman ku anum. Kak ika lah yg membawa kami ke Cempaka Mas. Pada keesokkan nya pula kami sekali lagi ke Tanah Abang untuk sesi yg terakhir. Hahaha..memang kelakar kekawan ku itu. Shopping hingga tak cukup matawang indonesia. Sangat menarik & lihat hasil lontarannya juga lumayan.(Lihat gambar pun dah tahu bagaimana hasil lontaran kami). Bye...see u next destinasi...(Saigon..)