Pages

Friday, April 16, 2010

Berlibur bersama Anuar Zain..




Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah rasa terima kasih , syukur & gembira yang tak terhingga kepada bos kami yang bermurah hati untuk menaja tiket kami ber2 ke "Majlis Secretary Week bersama Anuar Zain di J.W Marriot". Iini adalah yang pertama dalam diary kerja hidupku aku di layan sebegini rupa. 15/4/2010 - tarikh yang ditunggu oleh kami ber2. Walaupun keresahan melanda kami tetap meningalkan office seawal jam 11 pagi, aku memandu sendiri ke J.W Marriot bersama Kak Lin yg kebetulan adalah PA kpd CEO. Keresahan jelas terbayang pada wajahnya sehari sebelum tarikh majlis kerana dan beliau mengambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis tersebut, gara2 dimarahi bos.Bukan silap dia bagaimana bos boleh menghukum dia sebegini rupa. Tapi ini lah dikatakan rencah kehidupan. Setibanya di Jw. Marriot parking bay, kami terlihat kereta Porshe Anuar Zain, apa lagi langkah pertama yg kami ambil adalah berphoto. Hahaha..biasalah kan.

Terus masuk kedewan sambil menjamu selera sementara menunggu si teruna keluar dari sangkarnya. Makanan pada hari itu , bagi ku adalah alah kadar aja. Boleh lah bagi *** bintang. Cabutan bertuah pada majlis tersebut boleh tahan juga. Kalau tak silap aku Rm10,000 Reflesia set & PAkej penginapan di J.W Marriot Dubai. Erm..mewah2 mewah & sangat mewah.

Jam 1.30 petang Anuar Zain tampil membuat persembahan pertama.Memang hebat teruna kegilaan wanita tak kira peringkat usia. Termasuklah kami ber2. Apa yg aku lihat pada petang itu adalah, kegilaan mereka hingga ada segelintir yg sangup mencium & memelok anuar. Hebat kah Anuar...Memang hebat kan. Majlis berakhir pada jam 3ptg. Sedang kami berpusu2 untuk keluar dewan, satu lagi pengumuman dimana Hadiah " Dine bersana Anuar Zain " untuk 2 orang. 6058 number yg disebut oleh saudari pengacara. Memang terkejut lah number yg dimaksudkan milik Kak lin, Memang bertuah Kak Lin, biasanya keresahan Kak Lin akan berakhir dengan kegembiraan di akhirnya. Aku tergamam hingga tak sempat untuk merakam saat kegembiraan Kak Lin. Kepentas sediriam ."Maaf kan saya kak". Ada segelintir pulang & segelintir lagi ke bilik khas untuk bergambar & mendapatkan autograph.Aku & rakan dah setuju untuk pulang kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Balik dengan hati & perasaan yg sangat gembira...

No comments:

Post a Comment