Pages

Sunday, April 25, 2010

Cerita Roti Jala..

Majlis pernikahan sepupuku Norehan & Somebody (x tahu nama).
Tarikh : 24/4/2010
Lokasi : Kuala Linggi, Melaka.

Menu malam berinai besar : Roti Jala + Kuah kari udang & kuih talam.

Aku agak kelewatan ke rumah sepupuku kerana keletihan, maklumlah menolong kakak ku di Restoran. Setibanya di rumah mak long ini lah soalan yg keluar dari mulutku..

Mak Long , apa kerja patut kami buat ?
Jawapan : Takde kerja lah buat masa ini.
Mak Lang, apa kerja yg ada kami boleh tolong.
Jawapan : Takde buat masa ini.

Aku agak kebingungan...erk..kenapa takde kerja ? Ada majlis ke tidak ni..? Biasanya kalau ada majlis kenduri kawen mesti lah semua org kelam kabut, tapi yg ini tidak. Erm aku pun malas nak fikir, terus ke balai tempat makcik2 penangah melepak. Kelihatan Mak teh sdg mengoreng Ikan Keli untuk jamuan masa nikah nanti. Aku mengofferkan diri untuk mengoreng ikan tersebut sehingga habis. Senang hati ada kerja nak dibuat. Sambil2 menggoreng ikan, aku curi2 dgar kepada kelompok makcik2 yang ingin memulakan kerja menebar roti jala. Waktu masa itu kalau tak silap aku ialah jam 1.30 ptg.

Agak kecoh juga, kerana roti yg nak di tebar tidak menjadi. Hahaha..aku pun tak tahu kenapa. Mcm2 pandangan aku dengar:-

- Salah bancuh lah !
- Tepun jenis tak baik lah !
- Tak blendar lah..!
- Kuali tak elok lah !
- Acuan tak elok lah !

Sekali sekala aku mencelah. Tapi aku dimarahi oleh mereka.(gurau lah) bukan marah betul. Lepas aku mengusik makcik2 tu aku lari..

Jam ditangan menunjukkan 3 petang. Roti jala telah menjadi setelah pelbagai cubaan di buat. Kerja mengoreng aku pun selesai. Gatal pulak mengofferkan diri untuk menjala. Hahaha..rasakan tak rehat langsung lepas tu. 7.30 mlm tetamu sudah mula datang. Sampai jam 9.30 malam baru habis kami menjala. Mana taknya 2 besen besar bancuhan untuk roti jala dibuat. Rasa macam nak tumpahkan aje bancuhan tu..(kejam pemikiran aku)..Perasaan penat, geram , seronok pun ada.

Note : Makanan untuk berinai besar (Roti Jala) x cukup & lauk untuk majlis langsung pun x cukup.

No comments:

Post a Comment