Pages

Sunday, April 25, 2010

Cerita Roti Jala..

Majlis pernikahan sepupuku Norehan & Somebody (x tahu nama).
Tarikh : 24/4/2010
Lokasi : Kuala Linggi, Melaka.

Menu malam berinai besar : Roti Jala + Kuah kari udang & kuih talam.

Aku agak kelewatan ke rumah sepupuku kerana keletihan, maklumlah menolong kakak ku di Restoran. Setibanya di rumah mak long ini lah soalan yg keluar dari mulutku..

Mak Long , apa kerja patut kami buat ?
Jawapan : Takde kerja lah buat masa ini.
Mak Lang, apa kerja yg ada kami boleh tolong.
Jawapan : Takde buat masa ini.

Aku agak kebingungan...erk..kenapa takde kerja ? Ada majlis ke tidak ni..? Biasanya kalau ada majlis kenduri kawen mesti lah semua org kelam kabut, tapi yg ini tidak. Erm aku pun malas nak fikir, terus ke balai tempat makcik2 penangah melepak. Kelihatan Mak teh sdg mengoreng Ikan Keli untuk jamuan masa nikah nanti. Aku mengofferkan diri untuk mengoreng ikan tersebut sehingga habis. Senang hati ada kerja nak dibuat. Sambil2 menggoreng ikan, aku curi2 dgar kepada kelompok makcik2 yang ingin memulakan kerja menebar roti jala. Waktu masa itu kalau tak silap aku ialah jam 1.30 ptg.

Agak kecoh juga, kerana roti yg nak di tebar tidak menjadi. Hahaha..aku pun tak tahu kenapa. Mcm2 pandangan aku dengar:-

- Salah bancuh lah !
- Tepun jenis tak baik lah !
- Tak blendar lah..!
- Kuali tak elok lah !
- Acuan tak elok lah !

Sekali sekala aku mencelah. Tapi aku dimarahi oleh mereka.(gurau lah) bukan marah betul. Lepas aku mengusik makcik2 tu aku lari..

Jam ditangan menunjukkan 3 petang. Roti jala telah menjadi setelah pelbagai cubaan di buat. Kerja mengoreng aku pun selesai. Gatal pulak mengofferkan diri untuk menjala. Hahaha..rasakan tak rehat langsung lepas tu. 7.30 mlm tetamu sudah mula datang. Sampai jam 9.30 malam baru habis kami menjala. Mana taknya 2 besen besar bancuhan untuk roti jala dibuat. Rasa macam nak tumpahkan aje bancuhan tu..(kejam pemikiran aku)..Perasaan penat, geram , seronok pun ada.

Note : Makanan untuk berinai besar (Roti Jala) x cukup & lauk untuk majlis langsung pun x cukup.

Monday, April 19, 2010

Kemana nak ku bawa diri...

Kemana ya....!

Erm.. : Balance AL - 2009 berbaki lebih kurang 10 - 13 hari.
: 2010 AL - 18 hari + cuti tender. (Byk tu..)

Macam mana harus ku langsaikan "AL 2009" sebelum June, 2010 kesemuanya.

Memberanikan diri untuk bertemu COO, Aku bertanyakan balance AL ku yg diwajibkan clear sebelum June, 2010. Kami berbincang dgn aman/damai, cuti diluluskan untuk selang seminggu iaitu hari Jumaat & Isnin. Jika ada tender tak boleh lah bercuti. Alhamdulillah sekarang aku takde masallah lagi. Ada juga rakan pejabat advice aku untuk mengambil 6 hari sahaja yang balance nyer kira sedekah. Bukan lah aku berkira, tapi aku terpaksa kerana sebelum aku confirmed,aku tidak dibenarkan sama sekali oleh HR untuk mengambil cuti. Kesian kan aku, terpaksa berhempas pulas untuk menyimpan cuti tender yg tak seberapa dan kalau aku bercuti terpaksa pulang awal walaupun kepenatan. Keperitan ini serba sedikit membuat kan aku keciwa dan tidak beralah.

Kebetulan minggu ni pun , di Kampung ada kenduri kahwin "sepupuku". So boleh lah aku ambil kesempatan ini untuk melepak di kampung. Suami tak ikut, banyak kerja katanya. Wah ! apa lagi jadi org bujang lah aku.

Tak sabar nak balik kampung..yehaaaaa....

Continue...bye.

Friday, April 16, 2010

Berlibur bersama Anuar Zain..




Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah rasa terima kasih , syukur & gembira yang tak terhingga kepada bos kami yang bermurah hati untuk menaja tiket kami ber2 ke "Majlis Secretary Week bersama Anuar Zain di J.W Marriot". Iini adalah yang pertama dalam diary kerja hidupku aku di layan sebegini rupa. 15/4/2010 - tarikh yang ditunggu oleh kami ber2. Walaupun keresahan melanda kami tetap meningalkan office seawal jam 11 pagi, aku memandu sendiri ke J.W Marriot bersama Kak Lin yg kebetulan adalah PA kpd CEO. Keresahan jelas terbayang pada wajahnya sehari sebelum tarikh majlis kerana dan beliau mengambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis tersebut, gara2 dimarahi bos.Bukan silap dia bagaimana bos boleh menghukum dia sebegini rupa. Tapi ini lah dikatakan rencah kehidupan. Setibanya di Jw. Marriot parking bay, kami terlihat kereta Porshe Anuar Zain, apa lagi langkah pertama yg kami ambil adalah berphoto. Hahaha..biasalah kan.

Terus masuk kedewan sambil menjamu selera sementara menunggu si teruna keluar dari sangkarnya. Makanan pada hari itu , bagi ku adalah alah kadar aja. Boleh lah bagi *** bintang. Cabutan bertuah pada majlis tersebut boleh tahan juga. Kalau tak silap aku Rm10,000 Reflesia set & PAkej penginapan di J.W Marriot Dubai. Erm..mewah2 mewah & sangat mewah.

Jam 1.30 petang Anuar Zain tampil membuat persembahan pertama.Memang hebat teruna kegilaan wanita tak kira peringkat usia. Termasuklah kami ber2. Apa yg aku lihat pada petang itu adalah, kegilaan mereka hingga ada segelintir yg sangup mencium & memelok anuar. Hebat kah Anuar...Memang hebat kan. Majlis berakhir pada jam 3ptg. Sedang kami berpusu2 untuk keluar dewan, satu lagi pengumuman dimana Hadiah " Dine bersana Anuar Zain " untuk 2 orang. 6058 number yg disebut oleh saudari pengacara. Memang terkejut lah number yg dimaksudkan milik Kak lin, Memang bertuah Kak Lin, biasanya keresahan Kak Lin akan berakhir dengan kegembiraan di akhirnya. Aku tergamam hingga tak sempat untuk merakam saat kegembiraan Kak Lin. Kepentas sediriam ."Maaf kan saya kak". Ada segelintir pulang & segelintir lagi ke bilik khas untuk bergambar & mendapatkan autograph.Aku & rakan dah setuju untuk pulang kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Balik dengan hati & perasaan yg sangat gembira...

Friday, April 9, 2010

E72...gold colour



Kelewatan pulang kerumah kerana keadaan trafik yg tak mengizinkan semalam telah membuatkan aku terfikir untuk merayau-rayau bersama Ge gel (gelaran kepada kawan sepejabat). Kami berdua telah sepakat untuk ke C4 di wangsamaju. Masa itu hujan renyai2 telah membasahi bumi, mungkin salah satu faktor penyebab kenapa trafik sangat teruk di MRR2. Masa itu apa yang bermain dikepala ku ini adalah telepon gengam yang ku idamkan. Walaupun model yang ku minat tak secangih telepon gengam jenama lain, tapi aku tetap meminatinya. Keizinan dari suami telah membuatkan aku berkobar2 untuk memilikinya. Cuma menunggu peluang dan waktu yang sesuai ajelah.

Untuk pengetahuan semua apa yang boleh kita kongsi bersama ialah, telepon yang aku baru miliki semalam adalah yang ke2 yang pernah aku miliki hasil dari duit aku sendiri. Yang pertama adalah pada 7 tahun yang lepas. Selepas memilikinya hampir sebulan telepon gengam tersebut telah hilang dari gengaman. Dalam erti kata lain tercicir. So impak dari kejadian tersebut aku sangat fobia untuk membeli telepon untuk diri ku sendiri. Bukan aku kedekut atau sayang duit, cuma aku lebih berhati-hati kerana apa yang aku laburkan untuk membeli telepon tersebut bukan sedikit. Sekarang aku lebih berminat untuk gunakan telepon yg di beri oleh suami dan adik bongsuku. (minta simpati heheheh...)

Thank to Ge gell kerana sudi menemani ku. (hahaha..till this saat dan ketika aku masih tidak berjaya untuk menyalin contact number di telepon lama. Aduh memang tak peka IT betul aku ni.

Bye..see u next issue.

Sunday, April 4, 2010

Kenduri Kesyukuran






Assalamualaikum dan alhamdulillah ........
Tanggal ,3hb April 2010, kenduri kesyukuran untuk rumah baru dan tahlil arwah telah kami adakan di Teratak Bonda @ kampung Kuala Linggi, Melaka pada jam 11:30pagi. Sesunguhnya cuaca menyambut baik niat suci kami itu. Teratak yang dulunya berdindingkan papan telah kami ubah dengan berdindingkan batu.Semua itu adalah di atas kerjasama adik beradik yang turut sama menyumbang dalam menjadikan nya kenyataan. Walaupun sumbangan kami tak seberapa tapi yang penting kesepakatan itu terjalin. Untuk abg ku "A" sesunggunya kaulah yang telah berpenat lelah untuk memastikan teratak Bonda itu berjaya disiapkan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan kami yang hanya sekali sekala muncul untuk membantu.