Pages

Wednesday, March 10, 2010

Makan Free lagi......10/3/2010

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga aku & teman2 pejabat kepada En.Samir.

Sekali lagi hari ini aku dipanggil untuk menulis di belog. Topik masih lagi mengenai makan free. Kali ini ditaja oleh En. Samir dari (Sales Dept.). Kenapa yer ada jamuan segala, semua kekawan bertanya. Hahaha...biarlah aku terangkan dgn serba ringkas disini. Begini kisahnya, pd awal tahun 2010 beliau telah memenangi satu tender kerajaan. Beliau telah menyuarakan kepada aku & seorang lagi teman, bahawa beliau ingin menjamu teman-teman di pejabat.Dalam erti kata ingin berkongsi kejayaan lah kan. Yelah En.Samir tu sibuk & mana lah ada masa untuk merancang jamuan & party segala. Kami pun sangat bersetuju untuk membantu di atas niat murni beliau. Apa lagi, setelah berbincang aku & teman ku telah mengorder makanan dari masakan kampung.

Menu...
1. Ikan Bakar
2. Labu Masak Lemak Cili Padi
3. Sambal kentang & kacang
4. Ulam-ulaman & sambal belacan
5. Air Limau ais

Erm..sedap kan. Ini pun dah cukup aku rasa. Jamuan ini juga telah kami suarakan kepada Ustaz. Ustaz telah bersetuju untuk membacakan sedikit doa untuk kejayaan Samir dan kejayaan nya di masa akan datang.Insyaallah...

Untuk Samir yang sentiasa tersenyum, aku dan teman2 doakan kejayaan anda. "Amin"

Sekian ...

Tuesday, March 9, 2010

Lunch Di Restoran "Tehran" - Ampang

Alhamdulillah...

Dan terima kasih tidak terhingga kepada insan yang telah sudi menaja makan tengahari kami. Hanya allah s.w.t yang akan membalas & memudahkan rezeki kepadanya..amin. Kami sangat kekenyangan..

"Makanan Iran"...semua telah sedia maklum, apakah jenis nasi/lauk serta makanan yang akan disaji kan. Tapi kami tetap mahu mencuba. Kami ber6 kesana dgn menaiki kereta MPV slh seoarang dari kami.Sebelum ke restoran kami singah ke kedai yang menjual pelbagai jenis makanan segera dari negara Iran yg kebetulan tidak jauh dari restoran tersebut. Haha..gayat juga aku melihat apakah yang ada dijual disana. 3 orang dari kami telah membeli "Iranian Tradisional Bread" lebih senang dgn pangilan "roti nan" lah. hehehe...(besar size nya & mempunyai 3 keping dlm satu bungkusan.Murah aje RM3.00 kalau tak silap aku...ops ! tak bayar lagi lah kepada si pembeli..

Berbalik kepada cerita restauran kita. Sampainya kami disana, dtg lah seorang pekerja yang manis wajahnya. Mesra sgt dgn Ustaz yg telah memperkenalkan restoran tersebut kepada kami. Ustaz selalu dtg ke restoran tersebut untuk menjamu selera. Patut lah kami bersuara..hehehe. Aku telah memesan air tembikai, tapi kawan2 ku yg lain ingin mencuba minuman yg disaji khas di restoran tersebut. Ada yg order air "Roselle" , "Delima" & satu lagi ini aku tak ingat tapi rasa semacam aje, bahan2 nya dari Yogurt kalau x silap. Aduh x tahu lah mcm mana nak minum air yg sedemikian rasa. Erm..lauk kami simple aje, ada kambing bakar , ayam kari (tp bukan kari lah, serupa aje) & kambing berkuah. Bila kami lihat nasi nya aje, kami semua terkejut, dan ada yg bersuara "eh boleh abis ke ni".../ marilah kita share..hehehe.

Makan tengahari kami di hiburkan dgn bualan & gelak ketawa. Sedar tak sedar nasi ku dah sampai ke suduan yang terakhir. Aduh jenuh juga untuk aku menghabiskan suapan demi suapan..Apa pun ingin aku nyatakan disini makanan Iran bukan lah makanan kegemaranku.Jika diberi pilihan aku tidak akan memilih restoran tersebut.Yelah org kampung kan, lebih rela jika dihidangkan dengan lauk pauk tradisional malaysia. Apapun ingin sekali lagi aku bersuara untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustaz yg telah sudi membawa dan belanja kami...

Selesai....

Wednesday, March 3, 2010

Mandarin Oriental 30/1/2010



Menarik kan gambar ini. Kepuasan & kegembiraan terpancar di wajah. Tapi dalam gambar ni Azuwan & hanum tiada. (so sad)...Gambar ini kami ambil di M.Oriental Hotel KL. (MPC Annual Dinner). Kami AJK..so tired tu tak yah cakap lah kan. Macam biasa mlm tu aku tak dapat apa2 cabutan bertuah pun. Yg ada hanyalah Voucher Percutian bernilai RM600Tapi alhamdulillah bila semuanya berjalan lancar kami sangat happy. (Happy...Happy..).

Percutian Ke Jakarta..


Erm...lama x layan blog..(malas sesangat)
Untuk 2010 ni aku cuba untuk menulis kisah-kisah yg menarik.
4/2 - 6/2/2010 (3 hari 2 malam) aku bersama 2 teman pejabat terbang ke Jakarta negara yg penuh kesesakan. Aku & teman hampir terlupa bahawa kami akan ke Jakarta kerana pembelian tiket dilakukan pada bulan 6, 2009. (Hehehe..nak tambang murah).
Kami sampai di Jakarta petang & tiada aktiviti dapat dilakukan kerana shoping komplek di sana tutup seawal jam 6 ptg. So kami rehatkan diri untuk sesi esok. Destinasi per(1) adalah Tanah Abang kemudian ke Cempaka Mas. Aku pertama kali ke Tanah Abg berbanding 2 teman ku. Kami kesana menaiki teksi. Kami juga ditemani oleh kak ika, saudara kepada teman ku anum. Kak ika lah yg membawa kami ke Cempaka Mas. Pada keesokkan nya pula kami sekali lagi ke Tanah Abang untuk sesi yg terakhir. Hahaha..memang kelakar kekawan ku itu. Shopping hingga tak cukup matawang indonesia. Sangat menarik & lihat hasil lontarannya juga lumayan.(Lihat gambar pun dah tahu bagaimana hasil lontaran kami). Bye...see u next destinasi...(Saigon..)