Pages

Wednesday, March 10, 2010

Makan Free lagi......10/3/2010

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga aku & teman2 pejabat kepada En.Samir.

Sekali lagi hari ini aku dipanggil untuk menulis di belog. Topik masih lagi mengenai makan free. Kali ini ditaja oleh En. Samir dari (Sales Dept.). Kenapa yer ada jamuan segala, semua kekawan bertanya. Hahaha...biarlah aku terangkan dgn serba ringkas disini. Begini kisahnya, pd awal tahun 2010 beliau telah memenangi satu tender kerajaan. Beliau telah menyuarakan kepada aku & seorang lagi teman, bahawa beliau ingin menjamu teman-teman di pejabat.Dalam erti kata ingin berkongsi kejayaan lah kan. Yelah En.Samir tu sibuk & mana lah ada masa untuk merancang jamuan & party segala. Kami pun sangat bersetuju untuk membantu di atas niat murni beliau. Apa lagi, setelah berbincang aku & teman ku telah mengorder makanan dari masakan kampung.

Menu...
1. Ikan Bakar
2. Labu Masak Lemak Cili Padi
3. Sambal kentang & kacang
4. Ulam-ulaman & sambal belacan
5. Air Limau ais

Erm..sedap kan. Ini pun dah cukup aku rasa. Jamuan ini juga telah kami suarakan kepada Ustaz. Ustaz telah bersetuju untuk membacakan sedikit doa untuk kejayaan Samir dan kejayaan nya di masa akan datang.Insyaallah...

Untuk Samir yang sentiasa tersenyum, aku dan teman2 doakan kejayaan anda. "Amin"

Sekian ...

No comments:

Post a Comment