Pages

Tuesday, March 9, 2010

Lunch Di Restoran "Tehran" - Ampang

Alhamdulillah...

Dan terima kasih tidak terhingga kepada insan yang telah sudi menaja makan tengahari kami. Hanya allah s.w.t yang akan membalas & memudahkan rezeki kepadanya..amin. Kami sangat kekenyangan..

"Makanan Iran"...semua telah sedia maklum, apakah jenis nasi/lauk serta makanan yang akan disaji kan. Tapi kami tetap mahu mencuba. Kami ber6 kesana dgn menaiki kereta MPV slh seoarang dari kami.Sebelum ke restoran kami singah ke kedai yang menjual pelbagai jenis makanan segera dari negara Iran yg kebetulan tidak jauh dari restoran tersebut. Haha..gayat juga aku melihat apakah yang ada dijual disana. 3 orang dari kami telah membeli "Iranian Tradisional Bread" lebih senang dgn pangilan "roti nan" lah. hehehe...(besar size nya & mempunyai 3 keping dlm satu bungkusan.Murah aje RM3.00 kalau tak silap aku...ops ! tak bayar lagi lah kepada si pembeli..

Berbalik kepada cerita restauran kita. Sampainya kami disana, dtg lah seorang pekerja yang manis wajahnya. Mesra sgt dgn Ustaz yg telah memperkenalkan restoran tersebut kepada kami. Ustaz selalu dtg ke restoran tersebut untuk menjamu selera. Patut lah kami bersuara..hehehe. Aku telah memesan air tembikai, tapi kawan2 ku yg lain ingin mencuba minuman yg disaji khas di restoran tersebut. Ada yg order air "Roselle" , "Delima" & satu lagi ini aku tak ingat tapi rasa semacam aje, bahan2 nya dari Yogurt kalau x silap. Aduh x tahu lah mcm mana nak minum air yg sedemikian rasa. Erm..lauk kami simple aje, ada kambing bakar , ayam kari (tp bukan kari lah, serupa aje) & kambing berkuah. Bila kami lihat nasi nya aje, kami semua terkejut, dan ada yg bersuara "eh boleh abis ke ni".../ marilah kita share..hehehe.

Makan tengahari kami di hiburkan dgn bualan & gelak ketawa. Sedar tak sedar nasi ku dah sampai ke suduan yang terakhir. Aduh jenuh juga untuk aku menghabiskan suapan demi suapan..Apa pun ingin aku nyatakan disini makanan Iran bukan lah makanan kegemaranku.Jika diberi pilihan aku tidak akan memilih restoran tersebut.Yelah org kampung kan, lebih rela jika dihidangkan dengan lauk pauk tradisional malaysia. Apapun ingin sekali lagi aku bersuara untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustaz yg telah sudi membawa dan belanja kami...

Selesai....

No comments:

Post a Comment