Pages

Friday, April 9, 2010

E72...gold colour



Kelewatan pulang kerumah kerana keadaan trafik yg tak mengizinkan semalam telah membuatkan aku terfikir untuk merayau-rayau bersama Ge gel (gelaran kepada kawan sepejabat). Kami berdua telah sepakat untuk ke C4 di wangsamaju. Masa itu hujan renyai2 telah membasahi bumi, mungkin salah satu faktor penyebab kenapa trafik sangat teruk di MRR2. Masa itu apa yang bermain dikepala ku ini adalah telepon gengam yang ku idamkan. Walaupun model yang ku minat tak secangih telepon gengam jenama lain, tapi aku tetap meminatinya. Keizinan dari suami telah membuatkan aku berkobar2 untuk memilikinya. Cuma menunggu peluang dan waktu yang sesuai ajelah.

Untuk pengetahuan semua apa yang boleh kita kongsi bersama ialah, telepon yang aku baru miliki semalam adalah yang ke2 yang pernah aku miliki hasil dari duit aku sendiri. Yang pertama adalah pada 7 tahun yang lepas. Selepas memilikinya hampir sebulan telepon gengam tersebut telah hilang dari gengaman. Dalam erti kata lain tercicir. So impak dari kejadian tersebut aku sangat fobia untuk membeli telepon untuk diri ku sendiri. Bukan aku kedekut atau sayang duit, cuma aku lebih berhati-hati kerana apa yang aku laburkan untuk membeli telepon tersebut bukan sedikit. Sekarang aku lebih berminat untuk gunakan telepon yg di beri oleh suami dan adik bongsuku. (minta simpati heheheh...)

Thank to Ge gell kerana sudi menemani ku. (hahaha..till this saat dan ketika aku masih tidak berjaya untuk menyalin contact number di telepon lama. Aduh memang tak peka IT betul aku ni.

Bye..see u next issue.

No comments:

Post a Comment